Radio Terkecil

Radio terkecil di dunia diperkenalkan

- Ahli-ahli sains Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu pengesan yang beribu-ribu kali lebih kecil daripada garis pusat sehelai rambut manusia yang dapat menterjemahkan gelombang-gelombang radio kepada bunyi.

Menurut satu pasukan Universiti California, kajian itu menandakan kali pertama satu pengesan saiz nano telah didemonstrasikan dalam satu sistem radio. Dibuat dari nanotube karbon beberapa atom melintang, ia adalah hampir-hampir 1,000 kali lebih kecil daripada teknologi radio semasa.

Peter Burke dan Chris Rutherglen menggabungkan pengesan mikroskopik ke dalam satu sistem radio yang lengkap. Mereka memakainya untuk menghantar muzik klasik secara tanpa wayar (wireless) daripada sebuah iPod ke speaker beberapa meter jauhnya dari pemain muzik. Butiran penuh penemuan-penemuan mereka akan disiarkan bulan depan dalam American Chemical Society's Nano Letters.

"Walaupun kita hanya mendemonstrasikan komponen kritikal seluruh sistem radio tanpa satu nanotube (penyahmodulat), ia adalah dapat difikirkan pada masa depan semua komponen itu boleh jadi skala-nano, oleh itu membenarkan sistem komunikasi tanpa wayar skala-nano," mereka menulis.


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

No comments: