Timbalan Menteri Pelajaran Kembali ke rahmatullah




Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Allahyarham Datuk Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan.

Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Masih teringat lagi ketika Allahyarham membuat lawatan singkat ke Mozac yang bertujuan membuat pemantauan tentang perlaksanaan PPSMI. Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi dan dunia pendidikan Malaysia amat merasai kehilangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.

No comments: