Jamuan Makan Malam Form 5 08


Pelajar tingkatan 5 (batch 04-08) telah diraikan pada satu majlis makan malam pada 27 November 2008 di Hotel Legacy Melaka. Ramai guru tingkatan 5 yang dapat menghadirkan diri. Aturcara majilis dimulakan dengan ucapan PK1 Cikgu Roszelan, PK HEM Cikgu Rosnah dan Penyelaras tingkatan 5 Cikgu Amesah. Setelah itu persembahan multimedia khas untuk guru mozac dan batch 04-08.Semua ketua tingkatan juga diberi peluang untuk berucap.40 hadiah cabutan bertuah diberikan kepada pelajar. Ada satu kejutan bila Cikgu Rosnah yang menyambut ulangtahun kelahirannya diraikan dengan upacara memotong kek. Guru-guru yang hadir juga diberi cenderamata sebagai tanda penghargaan. Terima kasih anak-anak kalian..Semoga anak-anak mendapat kejayaan yang cemerlang sewaktu keputusan SPM diumumkan tahun depan..

Video clip khas untuk guru mozac


Video clip khas untuk pelajar form 5 batch 04-08

Timbalan Menteri Pelajaran Kembali ke rahmatullah




Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Allahyarham Datuk Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan.

Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Masih teringat lagi ketika Allahyarham membuat lawatan singkat ke Mozac yang bertujuan membuat pemantauan tentang perlaksanaan PPSMI. Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi dan dunia pendidikan Malaysia amat merasai kehilangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.

BENGKEL LED DISPLAY

Tarikh : 26 - 28 November 2009
Tempat : Makmal Fizik, Sek Men Sains Muzaffar Syah
Kehadiran : 18 pelajar

Pada hari pertama peserta diajar tentang asas sistem electronic iaitu logik get. Kemudian mereka membuat hands-on memasang litar get logik AND,OR dan NOT di atas 'bread board'.
Keesokan harinya, mereka berlatih memasang litar yang lebih kompleks iaitu gabungan ketiga logik get AND, OR dan NOT. Peserta juga mula diperkenalkan dengan litar timer dan flip flop. Pada sebelah petang peserta memasang litar-litar yang telah dipelajari.
Pada hari terakhir, peserta menyiapkan projek mereka. Setelah itu mereka diajar bagaimana untuk memateri litar di atas papan litar. Akhirnya mereka diberi peluang untuk memasang papan LED display dan membuat setting. Satu papan LED dipasang di depan bilik gerakan R&D.


BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.

PPSMI should be continued - Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, Nov 22 (Bernama) -- The teaching of science and mathematics in English should be continued to ensure Malaysian students, especially the Malays, are not left behind, said former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

He said the change to teach the two subjects in English from Bahasa Malaysia was to ensure students could master them and at the same time become more proficient in English, the number one language in the world.

"It is not aimed at neglecting Bahasa Malaysia. Furthermore, most publications on science and mathematics are in English.

"Take for example the cellular phone. If foreigners manufacture them equipped with cameras and the short-messaging facility but the manual is in English, can we used our science which is in Bahasa Malaysia to make the same hand phone? By the time we are done with the translation we will be left far behind," he said at the "Malay Dilemma" discourse organised by the National Writers Association (Gapena) here today.

He also cited the dark ages of the Arabs where they had to learn everything from the Greeks.

"Obviously they could not ask the Greeks to translate their knowledge into Arabic. The solution then was for them to learn Greek so that they could have access to the knowledge in their possession. By doing this, the Arabs became a progressive race," he said, adding that the same applied in the current scenario in the country.

He also said being proficient in two languages was a great asset and cited himself as an example.

"I studied in a Malay school for two years before my father transferred me to an English school. Thereafter all my education was in English.

"Did I lose my ability to use Bahasa Malaysia? It will not signify the end of the Malay race if we are to learn in English as well," he said.

-- BERNAMA

PERFECT SCORE SBP ZON SELATAN 08

Kumpulan sasaran : 13 sekolah SBP zon Selatan
Tarikh : 27 - 29 Ogos 2008
Tempat : kem Saujana Asahan, Melaka
Bilangan pelajar : 260 orang
Bilangan guru (fascilitator) : 20 orang
Urusetia : Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
Subjek :
Kumpulan 1 :Matematik Tambahan dan Kimia
Kumpulan 2 :Fizik dan Biologi

SCIENCE EXPLORACE

Program Science Explorace merupakan satu program unit Research dan Developement (R&D)Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka. Kumpulan sasaran ialah pelajar tingkatan 1,2 dan 4.Ianya telah berlangsung daripada 14 Julai sehingga 15 Ogos. Tujuan utama program ini ialah untuk menambahkan minat pelajar terhadap sains dan membuat penyelidikan.Program ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelajar.

Bengkel Komputer

Bengkel Pemasangan Komputer
Tarikh : 19- 21 November 2008
Tempat : Makmal Fizik,
Sek Men Sains Muzaffar Syah
Masa : 9.00 - 5.30 ptg

Kursus pemasangan komputer telah berjaya dilaksanakan. Kursus tersebut dikendalikan oleh Ramadhan Consultant yang telah dihadiri oleh 22 pelajar dan 10 orang guru dan kakitangan sokongan. Peserta diajar tentang cara memasang komputer: motherboard, power supply, CD writer, USB port dll..Peserta telah diuji pemasangan komputer sebanyak 2 kali..Setelah itu peserta diajar cara-cara memasukkan program windows XP dan program lain seperti microsoft office. Selepas ini cikgu boleh buka kedai komputer sendiri..

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.