Soalan percubaan 2009

Yeah..musim peperiksaan percubaan 2009 sudah bermula..Mulakan koleksi anda pada tahun ini dengan soalan peperiksaan pertengahan tahun Melaka dan Percubaan SBP. Sila klik Koleksi soalan percubaan fizik.

TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Suriyati kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 dan kenaikan pangkat Guru Cemerlang. Semoga anugerah ini dapat membakar semangat cikgu untuk terus menabur bakti kepada bidang pendidikan khasnya untuk subjek fizik. Panitia fizik Mozac amat merasa bangga dengan anugerah ini.

Rahsia waktu solat

Bulan Ramadhan bulan meraih pahala. Tentunya berebut2 memperbanyakkan amalan2 yang sunat selain memastikan yang wajib ditahap 'tip-top'.

Banyak cabaran nak pastikan amalan solat kita dalam keadaan 'tip-top', antaranya solat di awal waktu. Disertakan fakta sains sebagai motivasi untuk kita lebih bersungguh mematuhi waktu yang disusun oleh Allah Yang Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Sebagai contoh, pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi..



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini
amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w..t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya....

Allah is The Great!! Allah is The All-Knowing!! We are so blessed to be muslim and to be allowed to see Ramadhan again this year....

"Then which of the favours of your Lord will ye deny?"
"Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Hari Memperingati Hiroshima dan Nagasaki

Tarikh: 6 hb Ogos 2009 (Khamis)
Tempat: Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Anjuran: University Teknikal Malaysia UTeM dengan kerjasama Persatuan Nuklear Malaysia
Dengan sokongan: Agensi Nuklear Malaysia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

Pembentangan Kertas Kerja:
1. Penguasaan Teknologi Nuklear Sebagai Pensejagatan Ilmu Pengetahuan Sais oleh Dr Jariah Bt Mohamad Juoi, UTeM
2. Dengan Teknologi Nuklear, Wawasan 2020 Teknologi Tinggi Boleh Tercapai oleh Prof. Dr. Mohd Peter Davis (UPM)
3. Penggunaan Teknologi Nuklear Ke Arah Impak K-Ekonomi oleh Dr Nahrul Khair Alang Md Rashid (Malaysian Nuclear Society)

Persembahan video temubual bersama YBhg Dato' Hj Abdul Razak b Abdul (Malaysian sole srvivor on his experience during Hiroshima Bombing on 6 August 1945)

Guru: Cikgu Hjh Rokiah dan Cikgu Suriyati
Pelajar: 7 orang pelajar dari kelas 4 Alpha

Pada hari ini genaplah 64 tahun pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dilakukan. Hiroshima telah dibom pada 6 Ogos, sementara Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Dua butir bom atom telah digunapakai dalam sejarah perang manusia sejagat, dan kita semua tahu akibatnya, dan ianya amatlah memilukan kita, bahkan selepas itu hampir seluruh umat manusia yang cintakan keamanan mahukan bom jenis ini tidak digunapakai dan dibangunkan.
Penggunaan teknologi nuklear secara aman, bukan saja dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat, malah ia dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah negara. Ini melihatkan kita bahawa nuklear adalah cabang ilmu pengetahuan yang penting untuk pembangunan. Lihat negara Jepun yang bangkit dari debu-debu pengeboman Hiroshima dan Nagasaki 64 tahun yang lalu untuk menjadi sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi, melalui penggunaan teknologi nuklear secara aman. Terkini Korea Selatan yang telah menggunakan teknologi nuklear dalam semua bidang meliputi bidang penjanaan tenaga.
Kaji selidik mendapati bekalan minyak dunia mungkin habis dalam tempoh 40 hingga 50 tahun akan datang. Nuklear dikatakan kaedah paling selamat, mesra alam sekitar dan murah bagi menggantikan sumber tenaga semulajdi. Perdana Menteri telah pun menyatakan minat Malaysia untuk membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk tujuan penjanaan tenaga ketika lawatannya ke Korea Selatan pada 2 Jun 2009.

Kami merasa amat bertuah kerana dapat menghadiri satu seminar berkaitan dengan tenaga nuklear. Program ini dapat memberikan pendedahan yang sebenarnya tentang kegunaan tenaga nuklear bagi kebaikan manusia. Semoga ramai pelajar MOZAC yang berminat untuk mendalami bidang tenaga nuklear.
Pelajar telah menyertai dua pertandingan iaitu Pertandingan Melukis Poster dan Kuiz. Mozac telah menyapu bersih semua hadiah utama.
Pertandingan Melukis Poster:
Tempat 1: Muhammad Mustapah, Muhamad Shakir Zufayri, Muhammad Hafizuddin Mohd Haili
Tempat 2: Nur Syafiqah Md Salleh, Siti Amirah Rahman, Nur Hamizah Lamry, Aisyah Mohammad dan Nurul Adha Khamis
Tempat 3: Nur Anis Atika Zainal Abidin, Ilyani Roslan dan Amira Azhar

Kuiz:
Tempat 1: Muhammad Shakir Zufayri RM100.00

Tahniah.

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.