REKACIPTA MOZAC MENDAPAT PENGIKTIRAFAN

Pasukan rekacipta Mozac telah menyertai Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains Sekolah Berasrama Penuh SBP Kali 13 pada 1 - 4 April di SM Sains Machang, Kelantan.
Pasukan individu diwakili oleh Muhamad Adib B Mohd. Adam. Guru Pengiring adalah Pn Suriyati Yusoff. Adib juga dibantu oleh Mohd Naim, Amirul Hamizal, Badrul Hisham dan Janiewary Janes. Kesemuanya merupakan pelajar tingkatan 4.
Projek rekacipta bertajuk 'AKHDAR RAMP'. Akhdar bermaksud hijau dalam bahasa Arab. Projek ini menghasilkan tenaga elektrik apabila kereta melalui ramp dan elektrik disimpan dalam rechargeable bateri yang boleh digunakan untuk menyalakan lampu jalan.
Pasukan Mozac telah berjaya memenangi hadiah berikut:
1. Anugerah Emas Rekacipta Individu
2. UniMap Creative Innovation Award - Hadiah bertanding ke Taiwan
3. Johan Keseluruhan Rekacipta - semoga dapat wakil Malaysia ke Intell Isef di USA 2012.
Hadiah telah disampaikan oleh Pn Ashah Bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM