RAMADAN AND HOT AIR BALLOON


Salah satu aplikasi prinsip Archimedes ialah belon udara.  Bagaimana belon udara boleh naik ke atas?  Belon udara itu perlu diisi dengan gas helium ataupun udara yang dipanaskan.  Akibatnya daya apung (buoyant force) lebih besar daripada berat belon menyebabkan belon udara naik ke atas.


Bolehkah belon itu naik kalau diisi dengan udara biasa yang sama dengan udara di luar?  Tentu sekali belon itu akan menjunam ke bumi.   Ingat formula: Buoyant force = ketumpatan udara/cecair disesarkan x isipadu udara/cecair disesarkan x pecutan gravity.  Jadi syarat untuk dapatkan buoyant force yang besar: Ketumpatan udara di dalam belon mesti lebih rendah daripada ketumpatan udara yang disesarkan dan saiz belon mesti sangat besar supaya ia dapat menyesarkan isipadu udara dengan banyak.

Mari kita kiaskan pula dengan kehidupan kita.  Kiasan perbezaan antara seorang manusia dengan manusia lain.  Daripada sudut luarannya, manusia kelihatan lebih kurang sama tetapi dalaman mereka berbeza.  Aspek dalaman yang menentukan sama ada individu itu menjunam ke lembah kehinaan ataupun terbang menuju kemuliaan.  Untuk 'terbang' menuju kemuliaan, manusia memerlukan 'helium' atau udara panas yang disamakan dengan takwa.  

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 bermaksud: "Sungguh yang orang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu."

Sebarang perubahan yang Positif perlu bermula dengan TAKWA. 
Hari ini 10 Julai 2013 merupakan permulaan 1 Ramadan.  Bulan di mana kita boleh meningkatkan gas 'helium' takwa menuju jalan kepada ALLAH, Tuhan kita. 

RAMADAN - Maher Zain
You life me up high
You spread my wings
And fly me to the sky
I feel so alive
It's like my soul thrives in your light
But how I wish you'd be
here with me all around

Ramadan oo beloved
Ramadan how I wish you were always near

Love is everywhere
So much peace fills up the air
Ramadan month of the Quran
I feel it inside of me, strengthening my iman
But how I wish it would be 
here with me all year around

I just love the way you make me feel
Everytime you come around 
You breathe life into my soul
and I promise that 
I'll try throughout the year
To keep your spirit alive
In my heart it never dies
Oh Ramadan


No comments: